Wednesday, September 10, 2008

lena diulit mimpi..lapar siot..

kebelakangan ni,
kotak pemikiran banyak menjurus kepada diri sendiri...
mungkin betul kata hati daripada keputusan logika.....
haih~....
itu kalau bab keputusan lah....
semuanya terjadi disaat melelapkan mata hingga terlena..

dari segi idea pulak,
semalam aku terpikir mahu manganjurkan sebuah art event..
ala2 ranTai gitu...
ada art2 group + solo + charity + Professional + amatur exhibiton...
eventnya di kelantan...dan aku dah pikir nama event tu...
hehehe...aku mahu register...nanti orang lain tiru...
mungkin sapa2 boleh tolong aku untuk kumpulkan designer yang ada di kelantan...
yang ada work2 yang boleh diterima pakai....
bukanlah artwork2 sampah yang sekadar ada bunga kat tepi2..(got my point)

akibat daripada banyak memikirkan permasalahan politik otak,
aku tak dapat lena dari 1.30 pagi hingga 3.30 pagi....
dan akibatnya,
sahur aku terlepas....
2 kali, termasuk hari ini....

baiklah..~

aku ditag..first time..oleh blogger yang baru kenai iaitu Star*ter .............





aku tgh buat keje
tapi..
aku mengelamun...
mengantuk..tido best ni..

Sunday, September 7, 2008

meeting lagi..



entry ini hanya pendek kerana aku malas menulis...

Thursday, September 4, 2008

terkenang 3 = Wak si penjaga masjid danau kota..

dulu2, kisah dongeng+game pelik+magik mancis+perang buah ceri banyak aku pelajari di bulan puasa...
selalunya, masa pakcik dan jiran2 sedang berterawih....
teringat aku tentang Wak....

Wak ialah seorg penjaga masjid merangkap pengerusi keceriaan dan kebersihan masjid..
sebab, di masjid itulah aku dan jiran menghadiri kelas agama diwaktu petang...
kadang2 Waklah yang sering bagi idea apa permainan yang akan berlansung malam itu...
apabila Wak letih, Wak akan ajak duduk2 dan dia akan bercerita....

Haritu, Wak bercerita tentang hantu raya di kawasan sabak bernam sana...
Wak seorg jawa, dia hanya makan nasik ambang semasa sore lepas terawih...
sambil menceritakan kisah seram hantu raya tu, Wak nyalakan seputung rokok daun...

kadang2, rokok tu, Wak sorok dalam lipatan kain...
haritu, Wak kantoi...
Wak bukan sorok rokok dia di lipatan kain, tapi didalam seluar keciknya...
dan Wak lupa nak padamkan api rokok itu...

bayangkan, bagaimana keadaan Wak ketika itu....

almubarak~

bulan ini, semua yang otai2 akan jadik slow sikit....
yang ada niat nak merompak tu, dia tukar jadik baik sikit...mungkin mencuri atau meragut..
mungkinlah...~

sempat singgah di bazaar berdekatan stadium..
orang kelantan berfesyen gaya mahu pergi uptown...
ada yang tutup aurat+bertudung tapi baju masih ketat....
banyak sangat juadahnya sampai kuih muzafar shah pon ader...
mahal~...

15 minit sebelum berbuka adalah waktu yang paling bahaya untuk bergurau...
silap langkah, kena maki....
mungkin juga kamu hanya dapat segelas air dan sebatang rokok untuk berbuka...
ingatlah...~..jangan bergurau 15 sebelum waktu berbuka...


seriously, mungkin sekarang waktu yang sesuai untuk belanja kawan untuk makan tengahari....
hehehe.....


salam mubarak para bloggers...
selamat berpuasa...~~