Saturday, August 29, 2009

-

terima kasih kawan

Tuesday, August 25, 2009

ceritadongengsaya : jatuh cinta??

yupp...yupp...
ermmm.....
kali pertama semasa tingkatan 2...

kenal??
ermm.....kenal kat MiRC...

hahaha...tahun brapa eh...
jap2..recall balik...
tahun 1998 kot...

hahaha...muda giler kan..

dan paling penting ialah,
hanya jatuh cinta pada suara dan kata2nya...
surat, chatting, telefon...
hahaha....









nama dia.....


ermmm...

ARFAZIELA....
BUDAK BANTING, SELANGOR...

haha..

surat dia ada lagi...

nak tengok??

nanti la...malas nak scan...
hahaha..


search nama dia tadi = ARFAZIELA..

jumpa kat BUKU PELAWAT SITI NURHALIZA


01/29/99 05:43:43
Name: arfaziela My URL: Visit Me
My Email: Email Me Umur: 16 thn
Lokasi anda: banting,selangor Hobi: mendengar muzik dan melancong

Comments:
assalammualikum wbt hai kak ct?ila harap kak ct terus berusaha dan jangan lah putus asa selagi kita belum berusaha untuk kali yang terakhir.ceria selalu dan tabahkanlah hatimu.ok.bye.assalammualaikum wbt.wassalam truly, ila99



pakai geocities tu...hehehe..

Sunday, August 23, 2009

h2 n2

bukan penyakit baru...
h2n2 bermaksud, hari ke-2 night-2........
hihihi..

kalau jard menyatakan bahawa perkara yang tak sabar menunggu apabila buka puasa adalah mengorek hidung,

aku pulak tak sabar nak sahur...

walaupon mengantok sakan..

aku tak sabar...

time nak sahur, mesti aku bangun cepat2...









walaupon syaitan dan iblis dah di ikat..

aku tak sabar jugak nak bangun sahur...







selain nak menghadap sajian dipagi hari,
















aku juga tak sabar nak menonton NUR KASIH.....

hihihi...



"nuurrrrrr....kasihhhhhhh~......nnnuurrr kasih........~~~"
nyanyi2 dalam hati...





haih~....

Saturday, August 22, 2009

malam pertama di malam jumaat

"ALLAHUKHBAR"

"FADHLAN MINALAHI WANIKMAH, WAMAGHFIRATAN WARAHMAH"


alhmadulillah...
selesai sembahyang terawih berjemaah...

pulang kerumah dan menyekik santapan didapur...

10.45...
tett...tett...
telefon, telefon berbunyi...
2 mesej masuk...

sms 1 --> jard hantar sms,

"KIAN JAUH TIRAI SYAABAN....bla..bla..SELAMAT MENYAMBUT RAMDHAN ALMUBARAK"

hendak ku balas, tapi bill tak bayar lagi, kena block call out...hold la dulu...
(hajatku sebelum terawih : hantar sms kepada jard dengan ucapan selamat berpuasa, tapi aku tau, jard boleh rasa apa yang aku rasa...cewahhh....)

sms 2 --> diringkaskan cerita..

"awak topupkan saya eh"

11.00..
keluar beli topup...
kemudian, singgah dikedai...

pandang ke langit, tiada bintang..
"nak hujan rahmat agaknya jap lagi ni"
bisik hati..

bukak pintu, on computer...
bau anak hujan higgap di hidung...
aaahhh....dah lama tak bau anak hujan...
2 minit kemudian, hujan lebat..
angin bertiup kencang..
cahaya kilat dari jauh kelihatan..

10 minit kemudian..

DANGGGGG!!!!!!!!!!!!!

bekalan eletrik putus...
gelap gulita seluruh bandar..
kelam kabut si peniaga bazaar ramadhan yang sedang mengemas tempat untuk mencari rezeki petang esok..

11.30..pulang kerumah..
lencun meredah hujan lebat..
mandi,
telefon TNB careline guna telefon rumah..
15454...mengadu...
cuba untuk tidur..

panas..tak boleh tidur...
puas pejam mata...
puas mengibas surat khabar...

1.30
capai kunci kereta...
zoommmmmmmmmmmm~~~.... ke bandar kota bharu..
pusing2...
singgah di hostel kawan2..
borak2...
gelak2...

3.00 pagi..
pulang kerumah..
tett...tett...
telefon, telefon berbunyi...

"PENIPU..PENIPU..PENIPU..PENIPU..CKP NAK TOP4. LANSUNG XLEH PAKAI.DASAR PENIPU' pathetic!!

3.45,
alhmadulillah, letrik kemabali..
mandi...
sembahyang sunat...
bukak laptop...
terlelap..



5.00,
bangun..
sahur...
niat sebulan ramadhan...
alhamdulillah kenyang..






~sekian...

malam pertama yang seronok...



tuhan, sesungguhnya Kau maha pengampun...


haih~

Thursday, August 20, 2009

tettt...tettt..

bunyi sms..pesanan ringkas dihantar...

-------------------------------------------------------------------------------------------

dulu, ada satu sms berbunyi seperti ini :
"saya paham...awak orang sibuk n commit dalam sesuatu benda...jadi, saya takkan halang awak untuk buat apa2..lagipon, saya tau awak tak main2.."


tapi.....

petang yang damai ~fuuhh...fuuhh....~fuuhhh....~~~~~~

"jom gi parkson....parkson baru bukak, baju murah2...ingat nak beli la satu...buat raya..."

"malasla nak pergi, bukan ada duit pon nak pegi...setakat jalan2, baik tak payah"

"alaa, jomla, sebelum ni pon, kalo awak ada duit, saya teman jugak.."

"ummphh...malas la...letihla keje tadi..."

"alaa...jom la pegi....abis tu, masa saya teman awak dulu pon, saya pon keje jugak..."

"rumah saya jauh la...letih nak drive...."

"alaa....rumah saya pon jauh jugak...kena berdepan dengan kesesakan lalulintas lagi...jom la pergi"

"hmm....tengok la minggu depan ke....tengok la dulu...."

"alaa..jangan la macam tu....sale tu sampai 22 haribulan je...
minggu depan dah start puasa, bila masa pulak nak pergi..
mesti lagi letih...kita pergi esok la eh....boleh??esok xpuasa lagi...
lagipon, jalan tu on da way nak balik umah awak jgk.."

"awak pergi la sorang - sorang...saya nak rehat esok...nak kemas rumah, nak basuh baju, nak bla..bla...bla...."

"betul ke???jangan menyesal pulak kalau xdapat pergi nanti...btw, td awak kata nak rehat, tp apa yg awak cakap tadi, bukanlah namanya rehat...kalau rehat, menonton tv, tidur di tengahari, membaca buku komik, layan facebook.."

"betull....pergi la...."

"kalau macam tu, saya pergi malam ni la...esok pon, saya ingat nak basuh kete + baju, kemas bilik jugak....nanti kemas habis-habisan, nanti raya tak payah kemas dah..."

"tak boleh!!!"

"kenapa pulak??tadi kate boleh........."

"malam tak boleh keluar pegi mana2"

"laaa.....sama je saya pegi malam ke siang....sorang-sorang jugak..xder orang teman..."

"tak boleh!!!"

"ok.."

setelah setengah jam bercakap ditalian,
sms tiba...

tett..tettt...

"susah betul cakap ngan awak ni, selalu nak bantah cakap saya..menyakitkan hati je"


-------------------------------------------------------------------------------------

mana kefahaman masa mula2 dulu???
.........



haih~...

Thursday, August 13, 2009

mesej tu penting..~

House of Small Cubes (Oscar Winner 2009)




huhuuh...

teruja...

tengok video ni


(sila klik pada link kat atas ni....xtau jadi atau tak)

aku xleh nak embed mana2 video dia...

ini je yang mampu aku berikan..huhuh..




kalaulah aku ada animation team, dah lama aku buat camni jugak..

haih~...

kanapa dah takde orang??

prreeet.....tett...teeett....teeettt...


bunyik motor...hihihi..

ya..ya...
aku mau menunggang motor...

mungkin antara sebab aku mahu menunggang ialah :
sudah 3 hari berturut-turut...
hari pertama, terrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrlanggar bontot kereta orang..30km/j..slow je..
hari kedua, hampir dilanggar dari belakang...............
hari ketiga, brek mengejut sangat2.............

kereta aku sangat power..
tak boleh bawak slow...

dan aku memang berhajat untuk menaiki motor dalam bulan puasa ni...
lebih cepat sampai kerumah untuk bersenang-senang dan singgah di mana2 bazar ramadhan..
dan dapat mengaji sebelum buka puasa...(lepas buka, kompom xngaji dah)

antara motor hebat yang pernah ku naik..







haih~...

disamping mahu berjimat...

Tuesday, August 11, 2009

inilah kesahnya opaq si graphic designer..

Akhirnya, surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di terimatiba dirumah...
aku senyum bagai nak tersembul gigi...
hajat termakbul....

seminggu aku simpan elok2 dan asyik merenung soalan2 dan borang2 surat tawaran tu...
akhirnya, aku beranikan diri mengisi segala keterangan yang diminta...
dan akhirnya,
hanya ada 3 saja tempat kosong yang ditinggalkan oleh aku...

selama 2 minggu berturut2,
aku berulang alik ke pejabat baba untuk menyetelkan segala dokumen2 yang perlu di fotokopikan dan disahkan...
tapi, 3 tempat kosong yang aku tinggal, masih belom di isi...


masuk bulan kelima,
awal bulan, akhirnya aku mengisi 3 tempat kosong tu...

1. Pengurusan Perhotelan (aku pilih sbb minat kot)
2. Pengurusan Perniagaan (aku pilih sebab baba suruh)
3. Rekabentuk Grafik (aku pilih sebab namanya best)

dan baba mengepos surat tawaran ke kementerian..

sepanjang bulan tu, aku menambah kilo aku..
dari 65 kg naik ke 75 kg.....
dan menjadi kelawar di kala malam...



bulan ke enam...
surat panggilan tiba..
akhirnya..

akhirnya...

akhirnya...





aku dapat masuk ke politeknik yang jauh skali..
Politeknik ***** *****...........

sebagai pelajar REKABENTUK GRAFIK...


bagaimana aku boleh menjadi graphic designer??
sedangkan aku hanya belajar berunsurkan agama je dulu...
dimana seninya...
dimana makna tersiratnya...



















sebulan menjadi designer...
aku mula paham....

bukan semua orang paham seni...

hihihi..

hanya orang yang terpilih sahaja...
aku bertuah...
aku bersyukur...

terima kasih tuhan...



sekian sahaja karangan aku...

hahaha...

dah lama tak menulis panjang2...
rasa macam kembali ke zaman mula2 berblogging je...


haih~...miss that moment...

penggangur kehormat...~

2003....
manjadi lepasan SPM...
kawan-kawan aku, kebanyakkan sambung ke matrix..
ada juga yang bekerja sekejap sementara menunggu panggilan universiti tempatan..
hanya segelintir je yang tinggal termasuklah aku..s

2003, hajat untuk mengambil lesen memandu direstui baba & umi..
latihan dirumah menreverse dan memarking kereta sebelum dan selepas umi dan baba balik kerja adalah rutin harian selama bercuti 3bulan....

buka persekolah musim 2003,
ayah aku suruh aku stay, belajar STAM(sijil tinggi agama malaysia)..
walaupon berat hati, aku ikut sahaja katanya...
dan akibat dengan itu,
dihari pendaftaran pelajar tingkatan 6 bawah..
aku hanya hadirkan diri tanpa meregisterkan diri..
jadi, nama aku tidak tersenarai dalam pelajar tingkatan 6...

sebulan pertama,
aku hadir kelas seperti biasa, walaupun aku tak mendaftar,
aku tetap hadir untuk menaikkan rasa ingin belajar lagi...

bulan kedua,
aku gagal menaikkan rasa ingin belajar disekolah menengah lagi..
dan mahu belajar di tempat lain yang mana tidak memerlukan pakain seragam lagi..
hanya berkasual dan bersahaja pergi kekelas...

aku hadir kekelas 3 hari seminggu..dan aku hanya akan hadir dalam masa sejam sahaja..
iaitu jam 12 - 1 tghari..
hari lain aku dok dirumah sewa dan menonton "pangako sa yo" di tv2 bersama rakan2 STAM yang malas juga kesekolah seperti aku...
ada juga hari2, yang aku kekelas memandu untuk memahirkan diri acara reverse parking...


bulan ke tiga,
lansung tak kekelas,
ujian memandu sudah lulus,
melayan pangako sa yo sehingga tamat,
dan dalam senyap dan bosan, aku mula bekerja sebagai penghantar pizza di daerah KB..
kawan yang lain sudah mendapat panggilan dari Universiti tempatan...
ada juga yang pergi ke Kolej +Kelas bahasa inggeris + MLVK dan lain2...

satu hari, baba singgah dirumah sewa,
dipendekkan cerita,
baba sudah tahu tentang status aku di sekolah..
telinga merah sbb mendengar "nasihat"....


bulan keempat,
sudah tidak tinggal dirumah sewa,
balik ke bilik sendiri...
berhenti bekerja pizza...
menjadi penganggur...
menambah lemak dibadan...

seminggu selepas meninngalkan alam persekolahan secara rasminya,
aku mendapat surat tawaran dari Politeknik...



x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x



tungguuuu~....

Tuesday, August 4, 2009

aku yang tak laku2

uuuuuuuu....uuuuuuuuuuu...

angin bertiup...

aku terbatuk...

malam jumaat lepas,
selepas balik dari public phone,(baca entry lepas)
aku terus berniat untuk pulang kerumah...
hajatnya nak berehat sebab keesokan hari nya adaah holiday(jumaat)..

jadi dengan niat yang suci itu, aku pulang kerumah...

sampai dirumah, aku terkejut sbb pintu pagar terbukak,

padahal aku dah tutup lepas keluar tadi..
dan oleh sebab itu, ada seekor kepunyaan bapa sedara aku anak lembu dihalaman rumah aku..
sedang memakan anak2 pokok yang dikebunkan oleh bapak aku setiap petang..

jadi dengan rasa geram dan musykil...

aku kejar anak lembu tu utk menghalau anak lembu tu keluar(aku masih berada diatas moto)...
anak lembu tu lari ketakutan dan lari keluar...
sesudah anak lembu tu keluar, aku tutup pagar dan park motor bawah garaj..

aku tongkat moto dan berjalan 3-4 langkah menuju pintu masuk rumah,

DANNGG~~~!!!!

terkejut beruk...

anak lembu masih disitu...

haih~...GILER!!!!`...

aku berundur 2 - 3 langkah...

dengan semangat dan rasa berani, ku cuba menghalau anak lembu tu keluar,
tapi anak lembu tu xboleh keluar sebab aku dah tutup pagar tu tadi...
anak lembu tu menuju kearah aku dari arah depan..

aku sergah dan lembu tu lari berpusing2 mencari arah keluar...
masa anak lembu tu berpusing2, aku cepat2 tarik pintu pagar..

dan lari dok bawah garaj...

lepas, tu anak lembu tu pergi dengan aman...

selepas anak lembu tu keluar, aku cepat2 tarik pagar tu balik dan sempat berpaling kiri kanan...
cuma ada seekor anak lembu je...

huhu...aku termenung jap depan umah...
giler seram...aku xpikir bukan2 sebab aku pikir mungkin anak lembu tu ada dua ekor...


halaman rumah aku dikala malam...

sila tonton video dibawah untuk dapat fullview halaman rumah aku...















pagi esok, aku tanya bapak sedara aku...

anak lembu tu cuma seekor je...





haih~....

Monday, August 3, 2009

inilah dia,,

itu...

tu dia....

celotape yang berjasa..ihihiihih...












nak spek baru...waaa~....

tapi duit xder...

haih~

Saturday, August 1, 2009

demontrasi 1 ogos 2009 mansuh ISA

Mansuh ISA depan SOGO 01/08/2009










DEMONSTRASI 1 OGOS 2009

MANSUH ISA

DARI MASJID JAMEK KE SOGO..

DEMONSTRASI DISERTAI LEBIH 100K ORANG...

CUBA MENYAMPAIKAN PESANAN TEGAS KEPADA KERAJAAN UNTUK MEMANSUHKAN ISA.



Apa yang dimaksudkan oleh ISA ialah :

i. Penahanan tampa bicara, tahanan tidak berpeluang untuk mempertahankan dirinya di makamah.

ii. Pihak berkuasa tidak perlu menunjukan sebarang bukti bagi tujuan
penangkapan, tetapi hanya dengan perintah atasan

iii. Tahanan dikurung berseorangan dan tidak diumumkan lokasi penahananya

iv. Tahanan sering diseksa dari secara fizikal dan mental.




fakta : 90 tahanan ISA, masih merengkok di Kem Tahanan Kamunting. Mereka ditahan antara tiga minggu dan enam tahun tanpa pernah diberi peluang untuk membela diri di hadapan Hakim yang benar-benar adil dan berwibawa.

jem dan roti (ini bukan entry tak bersyukur)

vrooommmm~....vrwoommmmm...~

haih~
hidup dikelantan...
bandaraya islam...terima kasih tok guru...

aku nak berbicara tentang taraf hidup disini...

taraf hidup di kelantan lebih kurang sama sahaja di kota metropolitan, kuala lumpur..

jem :
di kelantan juga jem ditengah2 bandar...bezanya tiada tol sahaja..

makan pagi, paling murah:
1.50 nasik lemak, air teh o 0.80 = 2.30 macam KL jugak

makan tengahari paling murah :
nasik kosong + lauk ayam : 4.00 + teh o ais 1.00 = 5.00

minyak sehari ulang alik gi keje : (kancil)
25km + 25km = 50 km satu hari = 8.00-10.00 sehari = sama jugak macam KL...sebab sangkut dalam jem


kesimpulan untuk budget paling kecik dalam hidup aku seharian :

belanja sehari2 : 2.30 + 5.00 + 10.00 = 17.30
belanja 5hari bekerja = 86.50
belanja 4minggu bekerja = 346..00
topup 4minggu = 40.00
jumlah belanja = 386.00

itu belom campur rokok + jalan2 hari minggu + pinjaman PTPTN + tukar minyak hitam kereta + utilities lain lagi..

last2 akhir bulan tinggal = 20.00 je...

dan gaji aku hanya, *** sahaja....
tak lebih pada angka '7'........

macamana mau hidup kakak & abang2 oi.....


{pemandangan indah diwaktu pagi}

tolong la paham~.....

aku juga nak berbini....

perlukan duit lebih juga...

perlukan hidup yang lebih teratur juga...

projek besar2, ratus-ratus ribu,projek itu ini....

setakat nak naik gaji 500-600 takkan berkira...

bukannya aku baru keje semalam....

dah 2 tahun laa.....

bukannya aku xsiapkan keje aku...

bukannya aku tak leh keje malam...ko yang xbagi...








*apalah nasibku diri yang************~~~~~~~~~~oohhh tuuhaannn

haih~....