Monday, April 21, 2008

ya..yaa...

aku mengaku...aku dah lama xapdet...
cewah...kalo aku lama xapdet pon, sikit je org yang baca,,,
hihihi...tapi, aku peliknya, meter kat page aku meningkat lebih daripada 30..
mean, ada org baca ini blog..tapi, talak tinggal itu comment la...
hahahhaa.....tarak apa...aku hanya menulis...bukan apa pun...
cuma aku cuma hairan, sungguh ramai jugak yang meng"view" page aku ni...

sebelom ni, aku memang berhajat untuk mengupdate blog aku ini,tapi, kesibukan yang melanda bagaikan taufan, skali lagi mematahkan semangat aku untuk meneruskannya....
kesibukan begini disebabkan aku sekarang telah ditinggalkan oleh seorg lagi rakan sekerja yang berjawatan pereka grafik..jadi, secara kesimpulannya, tinggallah aku ini sebatang pereka grafik di pejabat usang ini..
hahahaha...tapi xper, aku dah biasa wat keje seorg(walaupon ada mintak org tolong)...dan aku cepat..fuusshh...

baru2 ni, aku tersempak dengan rakan sekolah menengah aku, wah...sungguh teruja aku melihat gaya penampilannya, kenderaan yang dinaikinya, rokok yang dihisapnya, hensetnya...
hihihi..aku masih teringat aku selalu menggelarnya panda kerana disekeliling matanya ada lingkaran hitam...dan susuk badannya, huhuh,...memang sesuai dipanggil panda....dia ada seorang adik yang aku lupa akan namanya..tapi, adiknya, lagi besar dari dia..
kami (rakan² MML ecspecially kelas aku) sering memanggil dia kekelas untuk membuli dia..aku sempat kenal die setahun dua je coz dia berpindah kesekolah yang lebih bagus kononnya....aku rasa sekolah aku adalah sekolah paling best kat malaysia...

namanya, musaddiq....kami saling bertukar2 no telefon dan aku akan ajak dia keluar minum nanti..(skang budget lari)..

aku sekarang banyak menghabiskan masa aku unutk berada dipejabat menyiapkan kerja...
malam ini, aku banyak kerja yang perlu disiapkan segera sebab esok nak...ada 3 design yang perlu diolah...

adushhhh..
masa makin suntuk....
kerja semakin tertangguh...
duit semakin berkurangan...
rokok pon....tapi, di last2 minute ini la,
idea semakin banyak,
kerja semakin cepat,
fikiran lebih fokus dan gembira membuat kerja,
dan, banyak lagu yang dah hafal sebab aku jenis yang buat kerja sambil mendengar lagu...
dan lagu yang aku dah update ni, sungguh sedap dan tenang...
dipetik dari soundtrack movie..Juno...
u all, should watch this movie....secara keseluruhanya menceritakan tentang keterbukaan pemikiran seseorang..
dan juga, mesej yang aku dapat rasakan, lebih kurang berbunyi camni..:

"siapa kata budak2 tak patut bercinta"

....sungguh best..4 bintang...aku suka citer ni sebab lagunya yang sempoi...

nota: aku memang jiwang pon....takkan tak tau...hahha...lan, sorry..aku xleh nak buang perasaan jiwang aku ni..

Tuesday, April 8, 2008

selepas makan tengahari,

aku hampir melelapkan mata di atas kerusi empuk di pejabat aku...
maklumla, lepas mengisi perut..pasti begini...dan seperti biasa, aku berpura2 memegang tetikus dan pejamkan mata...aku berangan ingin kurus dan hebat serta tampil bergaya seperti norman hakim...

hmm....sedang aku dibuai angan2 itu, bunyi getaran handphone....
bZzzZ...bZZzz...no yang xdikenali tertera...
aku pikir sebentar...dan menekan butang jawab...tett..
dan aku sambung dengan "hello".....
berkali-kali agaknya...aku mengucapkan perkataan tersebut...
tapi, tiada jawapan pemanggil....aku tekan punat berhenti jawab...
setelah itu, handphoneku bergetar lagi....dan diulangi perkara yang sama....
pemanggil diam membisu...hampir 3@4 kali....aku malas menjawabnya...

dan beberapa minit kemudian, pemanggil ini ingin kenakan aku lagi...
kali ini, dia main "tembak2" pulak...
7missed call tertera di skrin talipon....
aku amat tertekan kerana pemanggil yang tak dikenali cuba menganggu waktu rehat aku....
aku tak kira, kali ini, aku mesti angkat....aku nak maki hamun sumpah seranah *&&@$%...

"bzZZzzZ.....tett"aku menekan punat jawap...

belum sempat aku menunaikan hasrat aku itu, pemanggil itu bersuara....

"hallo"...."halllooo"...."fathi ke tuu??"....."hallo..."...."fathiiii"

....aku kenal suara itu.....aku tidak akan lupa suara itu...walaupon sudah lama, aku masih ingat...








kali ini, aku pula terDIAM terBISU...

cait...

Thursday, April 3, 2008

selingan apabila matahari berada ditengah2...(tengahari)

dude....
kehangatan diluar opis masih terasa walaupon aku sudah berada dihadapan aircond 3 kuda dan tahap celsiusnya 16 darjah..ditambah dengan perut yang berbunyi2 meminta sesuatu untuk dimasukkan kedalamnya...tapii aku masih boleh tahan..

aku ke bank MMMMMMM sebelom aku masuk opis....
aku rasa, semua rakyat malaysia di wajibkan belajar perbarisan..
mereka semua patut belajar untuk membuat barisan yang betol untuk mengambil duit @ sebagainya....
dan bukan lah berdiri di tengah2 antara 2 mesin seperti mesin ATM itu bapak ko yang punya..
come on uncle seluar jeans hitam dan baju batik..
ko dah tua.....cubala bawak2 bertolak ansur dengan orang muda seperti aku ini...

cait....