jam 11.00 malam semalam aku menonton layar perak Hang Tuah...tv2..
semua orang tahu sinopsis cerita itu...
hang tuah dituduh derhaka dan jebat dihukum mati..
mula nya bosan mungkin kerana gerak hati ingin melihat sesuatu yang baru...
memandang remote tv hanya ada satu, biarkanlah...
apa salahnya melihat seniman agung P.Ramlee sekali sekali..
habis menonton, aku teringat akan perbualan chatting aku dengan kawan lama..
huhuhu...
opaq -: dude, pada ko, ada brapa jenis kawan kat dunia ni?
opaq -: serius dude..aku nak tulis dalam blog
opaq -: aku rasa ada 3
kawan: jap
kawan: line xclear
kawan: 3 gak la
opaq -: jenis pertama camner?
kawan: 1 yg bole wat suke2 je
kawan: 2 yg bole wat suka duka
kawan: 3 yg bole smpi mati
opaq -: kalo aku...
opaq -: 1 -jenis kawan bersebab
opaq -: 1- jenis kawan sebab kita ada kebaikan untuk dia
opaq -: 2 - jenis yang suka kawan tapi, kawan xsuka dia
kawan: lagi?
opaq -: 3 - jenis macam ko la...bleh sampai mati...sejati..
kawan: hhahaha
kawan: mcm tu la bro
kawan: baru layan~
dude® has signed out. (6/17/2008 1:57 PM)
dude..
aku pasti semua nak kawan jenis ketiga tu kan...
kalo kamu nak cari kawan begitu, kamu memerlukan 5 tahun lebih untuk mencarinya..
mungkin ada juga yang mudah dicari dalam masa 2 minggu..
tapi aku percaya, untuk mencari kawan jenis ketiga ini, memerlukan masa yang lama...
oh, nak dikaitkan dengan cerita layar perak Hang Tuah itu tadi,
aku lebih rela menjadi Hang Jebat Durhaka dari menjadi Hang Tuah yang tidak mengenang budi..
aku lebih rela mati dari bersama dengan kawan yang tidak mengenang budi dan sentiasa berkira.
aku lebih rela dipandang bodoh dari ditertawakan kerana tidak menghargai erti persahabatan..
rata kawan2 aku semuanya mempunyai sikap dan perangai yang bagus bagi aku.
sebab sekiranya tidak bagus, mereka bukanlah kawan aku.
bagus bagi aku bukanlah seorang yang hebat.
tetapi yg tidak berbual macam hebat.
Tuesday, June 24, 2008
Aku Hang Jebat
sipencoret ---> opaq at 6/24/2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
ini konteks lain..
harap2 aku dpt masuk jenis yg ketiga..heheh
Post a Comment