Friday, December 26, 2008

dua puluh empat masih muda...

xxxxxxxxx post ini agak panjang, maaflah...sbb tak dapat luangkan masa di blog kamu2..sibuk menghabiskan duit kerajaan sekarang.. xxxxxxxxxxxx

alhamdulillah...
syukur pada tuhan kerana telah memberkati hidupku selama 24 tahun ni...
terima kasih juga kepada jard yang mengucapkan ucapan paling awal...
terima kasih kepada che'ni kerana mengirimkan hadiah...
terima kasih juga kepada kawan-rakan-sahabat yang mengucapkan ucapan selamat kepadaku...
terima kasih juga kepada mizzamy yang bertanyakan "esok harijadi eh?" di facebook aku..

dan paling penting,
terima kasih kepada baba dan ummi serta adik beradik yang lain...
susah-susah je bagi baju..

tapi dari sudut lain...
walaupun sudah 24 tahun,
aku masih terpinga-pinga dan "kosong" lagi...
banyak perkara yang aku belum tahu...
contohnya, aku baru dapat tahu,
jika majikan kita tidak mempunyai klinik panel,
kita boleh claim bayaran perubatan dari pihak majikan...
thanks to cheni..

perjalanan untuk sampai ketahap ini banyak mengajar aku erti persahabatan+kehidupan..
kata orang, pengalaman+umur menjadikan kita matang..
tapi.....
terus terang aku cakap,
aku masih mentah...
dan perangai aku sedikit agak kebudak-budakan..
jadi janganlah terasa pelik kalau kita(bloggers) berjumpa satu hari nanti dan didapati aku terlompat-lompat nak bukak hadiah...

pengalaman pahit bnyk mengajar aku...contohnya :

++eksiden (bukan ku yang bawak)mengajar aku harga body kit semua kereta proton & aksesori kereta..

++tak dapat payment design, mengajar aku sain kontrak dulu sblm buat design

++salah design(walaupun bukan salah aku) = cek dulu design dengan client sblm hantar production

++dapat gastrik kali pertama mengajar aku berakfast itu penting

++berkhemah di opis selama seminggu semasa pilihanraya mengajar siap sedia dengan template design yang banyak...

++speck patah mengajar aku tentang ciri-ciri cermin yang sesuai utk aku

++kena tipu dengan syarikat ARGUNG PRIVILEGE pasal kad diskaun mengajar aku teliti dahulu borang keahlian dan sentiasa fikir "aku perlukannya atau tidak"..

++pendam perasaan cinta mengajar aku supaya cepat bertindak dlm hal2 sepatutnya

++bnyk lagi...



tak lupa juga pengalaman manis seperti :

++pergi cameroon highland tanpa sebarang planning

++berpisah dengan awek pisau cukur yang macam sial...

++dapat payment yang tinggi untuk design company profile 30pages yang disiapkan dalam masa 2hari

++dapat kawan-rakan-sahabat bloggers yang baik2...

++dapat berbual dengan DSAI selama 3hari berturut-turut...

++dapat kenal rakan photographer di kelantan walaupun bukan semua..

++dapat kenal dengan orang-orang yang kaya dengan ilmu dan duit...

++dapat potong waja standard pada kelajuan 160km dengan kancil buruk aku...

...mungkin ada lagi kot...


harapan aku, semoga pengalaman yang akan datang,
dapat menjadikan aku seorang yang berguna di masa hadapan...
aku juga berharap, masalah kewangan yang agak kronik melanda aku sekarang dapat diselesaikan...insyaallah..

haih~...kenapa la duit tu dicipta...??

Friday, December 19, 2008

membeli tracksuit adalah perkara yang sungguh pening....

sehari selepas dinner dengan sultan dan bergambar dengan nadia,
aku masih lagi pening-pening lalat disebabkan demam yang lambat surut ni..
dan menyebabkan aku buat kerja dalam sedar tak sedar...
dan menyebabkan kejadian yang hampir memalukan diri sendiri...


selasa lepas, aku pergi membeli belah selepas balik kerja...
nak membeli tracksuit & slack yang sedikit.....
memandangkan pinggang sudah mula ramping track suit yang lama dah koyak+zip rosak..
hehehe...

destinasinya di BILLION...tingkat 2..6.30 petang..hujan..
sampainya di bahagian cheetah,
ku mula mencari2 seluar trak yang ada stripe ditepi..
dah jumpa, warna hitam, stripe kuning..
saiz yang biasalah...XL..
dan secara tak sengaja, aku pergi ke fitting room untuk mencuba seluar..

masuk difitting room,
yang aku nak test adalah seluar, tapi aku terbuka baju...
yaa....sebab aku ingatkan itu adalah masa mandi...

aku gelak agak kuat kepada diri sendiri untuk 2 saat..
aku pakai balik baju, buka jeans dan test seluar..
sambil senyum2...

selesai aksi pusing2 badan, dah menyesuaikan diri dengan tracksuit tu,
ku buka seluar tracksuit dan terus buka pintu untuk mencarik seluar slack pula...

sebelum melangkah keluar, aku terperasan,
aku tak pakai lagi jeans tadi...
nasib baik takder awek2 cashier kat kawasan tu...
pintu dah terbuka 5 cm...

haih~...


ok, aku masuk balik dan pakai jeans aku semula..
aku heleng kepala kepada diri sendiri...
sambil senyum...

selepas keluar dari fitting room,
setelah selesai bayar di kaunter,
aku buat keputusan untuk terus balik dan cancel kan hajat nak beli seluar slack..



dalam perjalanan balik, ku terlintas dalam kotak pikiran...

"beli seluar tracksuit yang bergetah pon nak kena masuk fitting room ke?"


aku gelak seorang diri...

haih~...

aku masih lagi batuk dan selsema ni...

Wednesday, December 17, 2008

Thank God It's Wednesday - TGIW

maaflah...lamabt jawab tag kamu2...
aku tiada simpanan gambar ku sendiri...
ku hanya ambil gambar orang je...

Thank God It's Wednesday! Tagged byAd3ck, Jard, Penyubiru, Hananominai. Here goes:

1. Do you think you're hot?
yup...aku cepat berpeluh...
nanti, kalau bloggers2 jumpa,
jangan terkejut aku datang dengan pakaian basah...

2. Upload your fave picture of you

Me in Floating - abaikan bahagian perut..itu dulu...sekarang dah slim..wakakakak...

3. Why do you like that picture?
sebab tiada gambar lain yang best...

4. When was the last time you ate pizza
It was last 4 month ago...

5. The last song you listen to?
"Empty Walls - Serj Takian" = vokalis system of a down...

6. What are you doing right now besides this?
Breakfast.

7. What name you prefer besides yours?
Fathi, just nice...

5 People to tag:
1. Che'ni
2. Ezzati
3. Mizzamy
4. Wear
5. Ayahku...
6. Ninadw
9. Who is number one?
Orang yang nak belanja aku.

10. Number three is having relationship with?
Che'ni???

11. Say something about number five?
-Garang...
-Alim...
-Mempunyai renungan yang tajam kalau tengah moody..
-dengan aku, dia cuma bercakap benda penting seperti "minyak hitam kereta dah tukar??"
-gelak kuat...
-masalah dia, dia tak cerita kat orang sampailah ada kawan dia bagitau..
-pandai masak
-selalu bagi kata2 pedas berbentuk kiasan kalau nak tegur aku..
-akan tolong aku kalau aku dalam masalah, walaupon aku ni tak banyak tolong dia..
-walaupon aku bukan anak contoh, aku akan berusaha utk menyenangkan hidup dia...sebab aku banyak menyusahkan dia....

DIA ADALAH HERO SAYA....

12. How about number four?
kawan sekolah menengah dulu...MML...
Proud to be Maahadian....

13. Who is number two?
bakal awek...hahaha...

14. she's pretty...




maaflah, aku betul2, tiada gambar yang lain..
nanti aku upah professional amik gambar aku...

haih~...

Monday, December 15, 2008

demamlahh~~ + dinner with sultan

jumaat dan sabtu aku hanya duduk dirumah..
berselimut sakan...
demam...sempat menghantar mms kepada che ni...
hehehe...katanya cheni aku menga-ngada...
ahax~..biasalah..

sampai sekarang aku masih susah bernafas,
sebab hidung tersumbat...pendengaran pon kurang jelas...


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

semalam ku mendinnerkan diri bersama Al Sultan Kelantan dan Raja Perempuan...
sempena ulangtahun persatuan hotel2 malaysia...
semasa majlis makan2..
kami didendangkan dengan nyanyian dari Nadia dan Ayahnya...

makanan diraja yang sikit2 tu membuat kan aku tak selera lansung nak makan..
so, aku setakat minum air je..
sambil ikut menyanyi dengan Nadia secara senyap2...

setelah lama duduk sambil buat lawak dengan rakan,
ku terperasan, yang Nadia mengusha aku dari pentas...
ahahahaha....serius beb....
aku pon memang ada pasang hajat nak cari awek malam semalam...
untuk mengukuhkan lagi cerita ini...
aku telah sediakan bukti....

(sila klik pada gambar utk gambaran lebih jelas)
ini buktinya....dia mengusha aku...
mungkin sebab, aku teramatlah hensem dan macho sangat
aku ikut sama nyanyi semua lagu yang dia nyanyi...

tetamu yang hadir...

bersama awek2 korea....hamsa hamida...
mungkin, hanya aku sorang bangsa melayu yang bertutur dalam bahasa korea dengan mereka semalam..sikit2 boleh la...
ehehehe....

dan inilah tujuan sebenar ku ke majlis santapan semalam...
nak bergambar dengan harith iskander....





gambar dibawah menjadi mimpi aku semalam....

last but not least....
nadia yang berumur 19 tahun ini ingin bergambar dengan aku...
ku cuba lari, tapi dia kejar dan bersungguh2 nak bergambar dengan aku..
apa nak buat....
susah jugak jadi macho dan hensem ni..

haih......~~~


Tuesday, December 9, 2008

kang aku ongbak kang....

kemerosotan ekonomi dijangka akan berlaku tahun 2009 ni..

tapi, aku dah ekonomi merosot sekarang...

plan nak upgrade pc baru, flash baru,
semua tergendala..
uhuhu...

so, bulan ini aku sangat sensitip bila berbicara tentang duit...
mungkin, ada jugak kena ongbak ngan aku nanti kalau isu duit diperbesarkan...hahaha..


nak beli spender renoma baru pon kena budget² je..



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

bnyak persoalan yang timbul bila landslide berlaku di bukit antarabangsa...
kebanyakkan berkisarkan =

1. tanah,
2. keadaan geografi kawasan,
3. kawasan tadahan hujan,
4. projek perumahan tepi bukit,
5. celoteh pakar geografi persekitaran
6. penduduk marah2,
7. pemaju kena tanggung semua,
8. kerugian harta benda,
9. penempatan sementara
10. bla..bla...blaa....bnyk lagi lah...


tapi aku tak jumpa kenyataan yang berbunyi macam ni =

1. mungkin azab Allah
2. mungkin ujian Allah
3. mungkin ini cara menyedarkan umat islam bahawa dunia sudah akhir zaman.
4. kenapa umat islam masih tak sedar kebesaran Allah
5. mungkin ini cara Allah menghukum dosa2 yang teklah dibuat...

haih~...

Saturday, December 6, 2008

namanya....

ikram syahidan...
seorang senior yang best masa sekolah menengah dulu..
+tabiat dia = suka memusing2kan pen...
+tinggi....hensem...
+cool...
+pandai
+selalu dapat full mark utk setiap subjek
+pandai main bola tampar...
+semulajadi pandai..takpayah baca buku pon...
dia antara salah seorg senior yang rapat dengan aku masa mula2 masuk high school dulu...
sampai digossipkan adik angkat & abg angkat....
hahaha...lawak je...

siang tadi,
ku berjumpa dengan beliau...
dia nak buat design bunting utk majlis perkahwinannya...
dah lama tak berjumpa semenjak habis sekolah...
hampir 7 @ 8 tahun...
dia tak banyak berubah kecuali bahagian perut...
hahaha...biasalah..kan ad3ck kan...

sambil mendesign, kami berborak2 tentang masa2 lampau...
bait2 lagu nasyid terngiang2...
kami berborak pasal diri masing2..
berborak pasal kawan2 lama..
berborak pasal benda2 bodoh yang selalu buat...
rupa²nya, ramai kawan2 ku dah mendirikan rumah tangga...
walaupon dia ada dalam list friendster,
aku xpernah menegurnya...cuma buka tengok gambar je..

sebelum ni, aku ingat dia sambung belajar ke oversea...
rupanya, dia bekerja di oversea...
income bulanan cecah RM8k - 9k....
sungguh bangga aku jadi kawan beliau...





bila la agaknya ku nak dapat gaji macam tu...
haih~...

sekian....

selamat hari raya aidiladha..