Monday, June 2, 2008

aku tidak meminta

yang aku minta cuma hargai...
yang aku minta cuma lihat...
dan fikir apa yang berlaku...
bukan nya pendapat yang tak masuk akal....

bodoh.....
macam sial....
kamu bukan seorg pendeta yang hebat dalam 1001 perkara...
kamu bukan seorg hakim untuk menilai seniku...
kamu bukan kawan karibku yang menangis bersama aku...
tapi,
kamu adalah, seekor binatang yang tidak punya akal fikiran....

seniku adalah mengikut perkembangan...
seniku adalah mengikut situasi...
seniku adalah sesuatu yang sukar difikrkan...
walaupon seniku hanya setitik warna merah dikertas kosong,
sekurang2nya,
aku mencuba menghasilkan seni...
bukan seperti kamu....kutuk, hina, caci, pijak seni...

yang aku minta,
kamu manusia...
bukan binatang...


p/s : *aku xplain pasal ni nanti*

Sunday, May 18, 2008

ampun kerana senyum dan berubah...

hari ini aku hendak memohon maaf kepada rakan2 bloggers dan rakan2 berhampiran dgn aku...
tak susah sangat untuk disebut/lafazkannya...
mungkin sebab aku sering menyebutnya berjuta2 kali pada semua orang..
mungkin juga aku betol2 berada dalam situasi tersebut...kot..
sungguh mudah untuk menyebutnya seperti membuka seluar trek bergetah....
hehehhe...

antaranya ialah,
"maaflah, aku bizi la..."
atau
"aku tak sempat dude, aku cuba cari masa nanti"
dan selalunya,
"lain kali je la, aku tak cukup masa la bro.."

huhuhu...maaf kawan2...
aku sedang melalui masa2 yang genting (sukar) untuk melayan kamu semua...
tapi masa genting itu sudah berlalu beberapa jam yang lalu...
kini ku sendiri~~~......punya masa yang terluang...

3hari lepas, jumaat, petang, dalam perjalanan pulang...
dalam hiruk pikuk bandar kota bharu, aku tersempak dengan seorg kawan lama...
perempuan (lagi)...cantiikk....maniss....solehah...baikkk...
aku beri signal dan berhenti menegur kawan daku itu...

------------------aku betulkan baju---------------------

"assalamualaikum"
"waalaikumusalam"
kami berdua sengih panjang..
"buat apa skrg?"dia mulakan..
"nak balik rumah.."
gelak bersama....hahahah..
"maksud saya, awak keje ke blaja?"
"saya keje dah..awak?"
"hmm...saya baru abis blaja, tak keje lagi..still looking and searching..."
"ooooo"..aku menjawab ringkas...
tiba2,
----------------------------dua2 senyap-----------------------
aku pandang dia, dia pandang aku...
aku senyum dan dia pun senyum kembali....
aku minta diri dan terus beredar...
gaya jalan aku mula berubah setelah kejadian senyum itu....
gaya ala2 macho...kental dude....
hahaha...

sambil memandu, aku berada di awangan2...
sambil terngiang2 lagu di kotak radio ku..."my chemical romance - Disenchanted"
teringatkan kejadian tadi...
memahami satu perkara tanpa menggunakan tutur kata kecuali pandangan mata adalah magic yang sungguh hebat....indah adalah perkataan yang sesuai untuk pengalaman ini...
dude, ianya seperti memakan hidangan kari kepala ikan semasa masih panas....
cuba bayangkan..ataupun pada malam pertama perkahwinan...

hahaha..tammat cerita disitu..

fenomena sekarang telah berubah dan membuat aku juga berubah...
aku setuju dengan afiq.... people change dude....
semuanya disebabkan orang disekeliling dan situasi...
kanak2 juga berubah apabila dihantar ke pusat nursery yang popular disekitar kl....
kalau nursery itu, kotor, maka kotorla budak itu..kalo nursery itu bagus, bagusla budak itu..
see...budak pon boleh berubah.....
ianya mengingatkan aku pada anak sepupu aku, batrisha...4 tahun...
masih kecik dan sangat licik....
yang dahulunya senyap dan takut kat aku, berubah menjadi sangat petah..
antara yang aku ingat..

"abang, cuba abang teka?"
"teka apa?"
"alaa....teka je la"
"ok...ok.."
"apa makanan yang dimulakan dengan huruf K?.."
"kambing"
"salah"
"kuih"
"salah"
"kari"
"SALLLLAAAAAHHHH.."dia menjerit...
"habis apa dia?"
"KFC.........., jom abang"
sambil membuat muka cute...

hampeh..kena aku..

cait.....


p/s: siapa tahu macamana cara nak break dgn awek??...hanya soalan..tidak ada kena mengena antara mati dan hidup...

Monday, April 21, 2008

ya..yaa...

aku mengaku...aku dah lama xapdet...
cewah...kalo aku lama xapdet pon, sikit je org yang baca,,,
hihihi...tapi, aku peliknya, meter kat page aku meningkat lebih daripada 30..
mean, ada org baca ini blog..tapi, talak tinggal itu comment la...
hahahhaa.....tarak apa...aku hanya menulis...bukan apa pun...
cuma aku cuma hairan, sungguh ramai jugak yang meng"view" page aku ni...

sebelom ni, aku memang berhajat untuk mengupdate blog aku ini,tapi, kesibukan yang melanda bagaikan taufan, skali lagi mematahkan semangat aku untuk meneruskannya....
kesibukan begini disebabkan aku sekarang telah ditinggalkan oleh seorg lagi rakan sekerja yang berjawatan pereka grafik..jadi, secara kesimpulannya, tinggallah aku ini sebatang pereka grafik di pejabat usang ini..
hahahaha...tapi xper, aku dah biasa wat keje seorg(walaupon ada mintak org tolong)...dan aku cepat..fuusshh...

baru2 ni, aku tersempak dengan rakan sekolah menengah aku, wah...sungguh teruja aku melihat gaya penampilannya, kenderaan yang dinaikinya, rokok yang dihisapnya, hensetnya...
hihihi..aku masih teringat aku selalu menggelarnya panda kerana disekeliling matanya ada lingkaran hitam...dan susuk badannya, huhuh,...memang sesuai dipanggil panda....dia ada seorang adik yang aku lupa akan namanya..tapi, adiknya, lagi besar dari dia..
kami (rakan² MML ecspecially kelas aku) sering memanggil dia kekelas untuk membuli dia..aku sempat kenal die setahun dua je coz dia berpindah kesekolah yang lebih bagus kononnya....aku rasa sekolah aku adalah sekolah paling best kat malaysia...

namanya, musaddiq....kami saling bertukar2 no telefon dan aku akan ajak dia keluar minum nanti..(skang budget lari)..

aku sekarang banyak menghabiskan masa aku unutk berada dipejabat menyiapkan kerja...
malam ini, aku banyak kerja yang perlu disiapkan segera sebab esok nak...ada 3 design yang perlu diolah...

adushhhh..
masa makin suntuk....
kerja semakin tertangguh...
duit semakin berkurangan...
rokok pon....tapi, di last2 minute ini la,
idea semakin banyak,
kerja semakin cepat,
fikiran lebih fokus dan gembira membuat kerja,
dan, banyak lagu yang dah hafal sebab aku jenis yang buat kerja sambil mendengar lagu...
dan lagu yang aku dah update ni, sungguh sedap dan tenang...
dipetik dari soundtrack movie..Juno...
u all, should watch this movie....secara keseluruhanya menceritakan tentang keterbukaan pemikiran seseorang..
dan juga, mesej yang aku dapat rasakan, lebih kurang berbunyi camni..:

"siapa kata budak2 tak patut bercinta"

....sungguh best..4 bintang...aku suka citer ni sebab lagunya yang sempoi...

nota: aku memang jiwang pon....takkan tak tau...hahha...lan, sorry..aku xleh nak buang perasaan jiwang aku ni..

Tuesday, April 8, 2008

selepas makan tengahari,

aku hampir melelapkan mata di atas kerusi empuk di pejabat aku...
maklumla, lepas mengisi perut..pasti begini...dan seperti biasa, aku berpura2 memegang tetikus dan pejamkan mata...aku berangan ingin kurus dan hebat serta tampil bergaya seperti norman hakim...

hmm....sedang aku dibuai angan2 itu, bunyi getaran handphone....
bZzzZ...bZZzz...no yang xdikenali tertera...
aku pikir sebentar...dan menekan butang jawab...tett..
dan aku sambung dengan "hello".....
berkali-kali agaknya...aku mengucapkan perkataan tersebut...
tapi, tiada jawapan pemanggil....aku tekan punat berhenti jawab...
setelah itu, handphoneku bergetar lagi....dan diulangi perkara yang sama....
pemanggil diam membisu...hampir 3@4 kali....aku malas menjawabnya...

dan beberapa minit kemudian, pemanggil ini ingin kenakan aku lagi...
kali ini, dia main "tembak2" pulak...
7missed call tertera di skrin talipon....
aku amat tertekan kerana pemanggil yang tak dikenali cuba menganggu waktu rehat aku....
aku tak kira, kali ini, aku mesti angkat....aku nak maki hamun sumpah seranah *&&@$%...

"bzZZzzZ.....tett"aku menekan punat jawap...

belum sempat aku menunaikan hasrat aku itu, pemanggil itu bersuara....

"hallo"...."halllooo"...."fathi ke tuu??"....."hallo..."...."fathiiii"

....aku kenal suara itu.....aku tidak akan lupa suara itu...walaupon sudah lama, aku masih ingat...








kali ini, aku pula terDIAM terBISU...

cait...

Thursday, April 3, 2008

selingan apabila matahari berada ditengah2...(tengahari)

dude....
kehangatan diluar opis masih terasa walaupon aku sudah berada dihadapan aircond 3 kuda dan tahap celsiusnya 16 darjah..ditambah dengan perut yang berbunyi2 meminta sesuatu untuk dimasukkan kedalamnya...tapii aku masih boleh tahan..

aku ke bank MMMMMMM sebelom aku masuk opis....
aku rasa, semua rakyat malaysia di wajibkan belajar perbarisan..
mereka semua patut belajar untuk membuat barisan yang betol untuk mengambil duit @ sebagainya....
dan bukan lah berdiri di tengah2 antara 2 mesin seperti mesin ATM itu bapak ko yang punya..
come on uncle seluar jeans hitam dan baju batik..
ko dah tua.....cubala bawak2 bertolak ansur dengan orang muda seperti aku ini...

cait....