ini bukanlah bicara tentang kebodohan...
dulu aku pernah dating+bercumbu+berdua2an ngan lily(bukan nama sebenar)...
dia banyak menceritakan perihal hubungan dia dengan kayu balak dia..
yep..betol tekaan kamu semua, aku berhubungan lily...
lily bukanlah jenis playgirl..kami hanya teman tapi mesra...
ahax~klise sungguh..
aku hanya berkawan pada hakikatnya...
cuma lama kelamaan, rasa ambil berat pada lily semakin kuat..
rasa kesian juga ada..
mana tidaknya, balaknya bagaikan penunggu bagi lily..
jam 7 pagi, 9 pagi, 12 tghari, 3 petang, 5 petang, 8 malam, 11 malam, 1 pagi...
balak dia akan call...bertanyakan tentang =
-dah makan?
-dengan siapa?
-laki ke perempuan?
-kedai mana?
-makan apa?
-berapa ringgit?
-pakai baju apa?
-lepas ni pergi mana?
-dah study?
itu masa makan malam..(biasanya lily akan kelentong bila keluar bersama aku)
pendek kata, lily rimas dengan balaknya,
sudah beratus kali bergadoh...
si balak pernah menampar+menengking lily di sebuah restoran di ipoh...DIKHALAYAK RAMAI..
hanya disebabkan si lily risau penyakit ibunya dan tidak punya selera makan...
lily juga mempunyai "mata-mata" jebon yang sentiasa memerhatikan lily...
ini disebabkan balak lily adalah polis yang berpangkat konstabel...
balak lily memberi upah kepada rakan konstabel untuk perhatikan lily...
SELAMA 3 TAHUN...!!!
lily diperhatikan+diekori selama 3 tahun....bayangkan..terkongkong..
aku dan lily terpaksa keluar beramai2 untuk mengelirukan si mata-mata..
lily juga pernah dituduh bersandiwara dengan classmate lily..
ini kerana lily datang bulan dan pengsan sekejap dan dgn serta merta,
meminta tolong classmate (lelaki) hantar pulang kerumah..
kebetulan mata-mata sedang bertugas..
laporan diberi dan lily ditengking tanpa usul periksa....
lily juga pernah ditinggalkan di tepi jalan di perak..jalan menuju ke parkson agaknya...
dari hospital pantai ke parkson....lily ditinggalkan ditengah2...
ini disebabkan, lily mahu berhenti beli topup...
disebabkan itu, lily berjalan kaki ke parkson dan menunggu bas pulang semula kerumah..
jarak dari tempat lily ditinggalkan ke parkson adalah 5+- kilo...
tengahari...
banyak lagi kisah silly lily yang masih bersama balak kesayangannya...
cuma aku lupa...
keluarga si lily dikenali ramai kerana ayahnya seorang pengarah jabatan kerajaan..
satu perak mengenali ayahnya dan keluarganya...
oleh kerana itu, ramai juga yang tahu, si lily akan berkahwin dengan balaknya itu..
termasuklah jiran2+saudara mara+makcik kedai runcit+opismate ayahnya..
disebabkan rasa hormat lily kepada keluarganya,demi menjaga maruah keluarganya,
dan tidak mahu menjatuhkan maruah ayahnya sebagai orang kenamaan,
lily tidak dapat memutuskan hubungan dengan si balaknya...
walaupon pelbagai penghinaan terhadap si lily dilakukan oleh balaknya...
lily tetap tidak mahu memutuskan hubungan mereka demi keluarga lily...
oh ya..lily punya keluarga besar...
29/11 ini, majlis perkahwinan lily dan balaknya akan berlansung...
persoalannya, selapas berkahwin,
adakah perkahwinan lily akan kekal??
adakah lily akan bahagia??
adakah lily masih ceria seperti bersama dengan aku??
bagaimana agaknya lily hendak bersuara selepas ini??