xxxxxxxxx post ini agak panjang, maaflah...sbb tak dapat luangkan masa di blog kamu2..sibuk menghabiskan duit kerajaan sekarang.. xxxxxxxxxxxx
alhamdulillah...
syukur pada tuhan kerana telah memberkati hidupku selama 24 tahun ni...
terima kasih juga kepada jard yang mengucapkan ucapan paling awal...
terima kasih kepada che'ni kerana mengirimkan hadiah...
terima kasih juga kepada kawan-rakan-sahabat yang mengucapkan ucapan selamat kepadaku...
terima kasih juga kepada mizzamy yang bertanyakan "esok harijadi eh?" di facebook aku..
dan paling penting,
terima kasih kepada baba dan ummi serta adik beradik yang lain...
susah-susah je bagi baju..
tapi dari sudut lain...
walaupun sudah 24 tahun,
aku masih terpinga-pinga dan "kosong" lagi...
banyak perkara yang aku belum tahu...
contohnya, aku baru dapat tahu,
jika majikan kita tidak mempunyai klinik panel,
kita boleh claim bayaran perubatan dari pihak majikan...
thanks to cheni..
perjalanan untuk sampai ketahap ini banyak mengajar aku erti persahabatan+kehidupan..
kata orang, pengalaman+umur menjadikan kita matang..
tapi.....
terus terang aku cakap,
aku masih mentah...
dan perangai aku sedikit agak kebudak-budakan..
jadi janganlah terasa pelik kalau kita(bloggers) berjumpa satu hari nanti dan didapati aku terlompat-lompat nak bukak hadiah...
pengalaman pahit bnyk mengajar aku...contohnya :
++eksiden (bukan ku yang bawak)mengajar aku harga body kit semua kereta proton & aksesori kereta..
++tak dapat payment design, mengajar aku sain kontrak dulu sblm buat design
++salah design(walaupun bukan salah aku) = cek dulu design dengan client sblm hantar production
++dapat gastrik kali pertama mengajar aku berakfast itu penting
++berkhemah di opis selama seminggu semasa pilihanraya mengajar siap sedia dengan template design yang banyak...
++speck patah mengajar aku tentang ciri-ciri cermin yang sesuai utk aku
++kena tipu dengan syarikat ARGUNG PRIVILEGE pasal kad diskaun mengajar aku teliti dahulu borang keahlian dan sentiasa fikir "aku perlukannya atau tidak"..
++pendam perasaan cinta mengajar aku supaya cepat bertindak dlm hal2 sepatutnya
++bnyk lagi...
tak lupa juga pengalaman manis seperti :
++pergi cameroon highland tanpa sebarang planning
++berpisah dengan awek pisau cukur yang macam sial...
++dapat payment yang tinggi untuk design company profile 30pages yang disiapkan dalam masa 2hari
++dapat kawan-rakan-sahabat bloggers yang baik2...
++dapat berbual dengan DSAI selama 3hari berturut-turut...
++dapat kenal rakan photographer di kelantan walaupun bukan semua..
++dapat kenal dengan orang-orang yang kaya dengan ilmu dan duit...
++dapat potong waja standard pada kelajuan 160km dengan kancil buruk aku...
...mungkin ada lagi kot...
harapan aku, semoga pengalaman yang akan datang,
dapat menjadikan aku seorang yang berguna di masa hadapan...
aku juga berharap, masalah kewangan yang agak kronik melanda aku sekarang dapat diselesaikan...insyaallah..
haih~...kenapa la duit tu dicipta...??
Friday, December 26, 2008
dua puluh empat masih muda...
sipencoret ---> opaq at 12/26/2008
Friday, December 19, 2008
membeli tracksuit adalah perkara yang sungguh pening....
sehari selepas dinner dengan sultan dan bergambar dengan nadia,
aku masih lagi pening-pening lalat disebabkan demam yang lambat surut ni..
dan menyebabkan aku buat kerja dalam sedar tak sedar...
dan menyebabkan kejadian yang hampir memalukan diri sendiri...
selasa lepas, aku pergi membeli belah selepas balik kerja...
nak membeli tracksuit & slack yang sedikit.....
memandangkan pinggang sudah mula ramping track suit yang lama dah koyak+zip rosak..
hehehe...
destinasinya di BILLION...tingkat 2..6.30 petang..hujan..
sampainya di bahagian cheetah,
ku mula mencari2 seluar trak yang ada stripe ditepi..
dah jumpa, warna hitam, stripe kuning..
saiz yang biasalah...XL..
dan secara tak sengaja, aku pergi ke fitting room untuk mencuba seluar..
masuk difitting room,
yang aku nak test adalah seluar, tapi aku terbuka baju...
yaa....sebab aku ingatkan itu adalah masa mandi...
aku gelak agak kuat kepada diri sendiri untuk 2 saat..
aku pakai balik baju, buka jeans dan test seluar..
sambil senyum2...
selesai aksi pusing2 badan, dah menyesuaikan diri dengan tracksuit tu,
ku buka seluar tracksuit dan terus buka pintu untuk mencarik seluar slack pula...
sebelum melangkah keluar, aku terperasan,
aku tak pakai lagi jeans tadi...
nasib baik takder awek2 cashier kat kawasan tu...
pintu dah terbuka 5 cm...
haih~...
ok, aku masuk balik dan pakai jeans aku semula..
aku heleng kepala kepada diri sendiri...
sambil senyum...
selepas keluar dari fitting room,
setelah selesai bayar di kaunter,
aku buat keputusan untuk terus balik dan cancel kan hajat nak beli seluar slack..
dalam perjalanan balik, ku terlintas dalam kotak pikiran...
"beli seluar tracksuit yang bergetah pon nak kena masuk fitting room ke?"
aku gelak seorang diri...
haih~...
aku masih lagi batuk dan selsema ni...
sipencoret ---> opaq at 12/19/2008
Wednesday, December 17, 2008
Thank God It's Wednesday - TGIW
maaflah...lamabt jawab tag kamu2...
aku tiada simpanan gambar ku sendiri...
ku hanya ambil gambar orang je...
Thank God It's Wednesday! Tagged byAd3ck, Jard, Penyubiru, Hananominai. Here goes:
1. Do you think you're hot?
yup...aku cepat berpeluh...
nanti, kalau bloggers2 jumpa,
jangan terkejut aku datang dengan pakaian basah...
2. Upload your fave picture of you
3. Why do you like that picture?
sebab tiada gambar lain yang best...
4. When was the last time you ate pizza
It was last 4 month ago...
5. The last song you listen to?
"Empty Walls - Serj Takian" = vokalis system of a down...
6. What are you doing right now besides this?
Breakfast.
7. What name you prefer besides yours?
Fathi, just nice...
5 People to tag:
1. Che'ni
2. Ezzati
3. Mizzamy
4. Wear
5. Ayahku...
6. Ninadw
9. Who is number one?
Orang yang nak belanja aku.
10. Number three is having relationship with?
Che'ni???
11. Say something about number five?
-Garang...
-Alim...
-Mempunyai renungan yang tajam kalau tengah moody..
-dengan aku, dia cuma bercakap benda penting seperti "minyak hitam kereta dah tukar??"
-gelak kuat...
-masalah dia, dia tak cerita kat orang sampailah ada kawan dia bagitau..
-pandai masak
-selalu bagi kata2 pedas berbentuk kiasan kalau nak tegur aku..
-akan tolong aku kalau aku dalam masalah, walaupon aku ni tak banyak tolong dia..
-walaupon aku bukan anak contoh, aku akan berusaha utk menyenangkan hidup dia...sebab aku banyak menyusahkan dia....
DIA ADALAH HERO SAYA....
12. How about number four?
kawan sekolah menengah dulu...MML...
Proud to be Maahadian....
13. Who is number two?
bakal awek...hahaha...
14. she's pretty...
maaflah, aku betul2, tiada gambar yang lain..
nanti aku upah professional amik gambar aku...
haih~...
sipencoret ---> opaq at 12/17/2008
Monday, December 15, 2008
demamlahh~~ + dinner with sultan
berselimut sakan...
demam...sempat menghantar mms kepada che ni...
hehehe...katanya cheni aku menga-ngada...
ahax~..biasalah..
sampai sekarang aku masih susah bernafas,
sebab hidung tersumbat...pendengaran pon kurang jelas...
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
semalam ku mendinnerkan diri bersama Al Sultan Kelantan dan Raja Perempuan...
sempena ulangtahun persatuan hotel2 malaysia...
semasa majlis makan2..
kami didendangkan dengan nyanyian dari Nadia dan Ayahnya...
makanan diraja yang sikit2 tu membuat kan aku tak selera lansung nak makan..
so, aku setakat minum air je..
sambil ikut menyanyi dengan Nadia secara senyap2...
setelah lama duduk sambil buat lawak dengan rakan,
ku terperasan, yang Nadia mengusha aku dari pentas...
ahahahaha....serius beb....
aku pon memang ada pasang hajat nak cari awek malam semalam...
untuk mengukuhkan lagi cerita ini...
aku telah sediakan bukti....
mungkin sebab,
aku ikut sama nyanyi semua lagu yang dia nyanyi...
mungkin, hanya aku sorang bangsa melayu yang bertutur dalam bahasa korea dengan mereka semalam..sikit2 boleh la...
ehehehe....
gambar dibawah menjadi mimpi aku semalam....
sipencoret ---> opaq at 12/15/2008
Tuesday, December 9, 2008
kang aku ongbak kang....
kemerosotan ekonomi dijangka akan berlaku tahun 2009 ni..
tapi, aku dah ekonomi merosot sekarang...
plan nak upgrade pc baru, flash baru,
semua tergendala..
uhuhu...
so, bulan ini aku sangat sensitip bila berbicara tentang duit...
mungkin, ada jugak kena ongbak ngan aku nanti kalau isu duit diperbesarkan...hahaha..
nak beli spender renoma baru pon kena budget² je..
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
bnyak persoalan yang timbul bila landslide berlaku di bukit antarabangsa...
kebanyakkan berkisarkan =
1. tanah,
2. keadaan geografi kawasan,
3. kawasan tadahan hujan,
4. projek perumahan tepi bukit,
5. celoteh pakar geografi persekitaran
6. penduduk marah2,
7. pemaju kena tanggung semua,
8. kerugian harta benda,
9. penempatan sementara
10. bla..bla...blaa....bnyk lagi lah...
tapi aku tak jumpa kenyataan yang berbunyi macam ni =
1. mungkin azab Allah
2. mungkin ujian Allah
3. mungkin ini cara menyedarkan umat islam bahawa dunia sudah akhir zaman.
4. kenapa umat islam masih tak sedar kebesaran Allah
5. mungkin ini cara Allah menghukum dosa2 yang teklah dibuat...
haih~...
sipencoret ---> opaq at 12/09/2008
Saturday, December 6, 2008
namanya....
ikram syahidan...
seorang senior yang best masa sekolah menengah dulu..
+tabiat dia = suka memusing2kan pen...
+tinggi....hensem...
+cool...
+pandai
+selalu dapat full mark utk setiap subjek
+pandai main bola tampar...
+semulajadi pandai..takpayah baca buku pon...
dia antara salah seorg senior yang rapat dengan aku masa mula2 masuk high school dulu...
sampai digossipkan adik angkat & abg angkat....
hahaha...lawak je...
siang tadi,
ku berjumpa dengan beliau...
dia nak buat design bunting utk majlis perkahwinannya...
dah lama tak berjumpa semenjak habis sekolah...
hampir 7 @ 8 tahun...
dia tak banyak berubah kecuali bahagian perut...
hahaha...biasalah..kan ad3ck kan...
sambil mendesign, kami berborak2 tentang masa2 lampau...
bait2 lagu nasyid terngiang2...
kami berborak pasal diri masing2..
berborak pasal kawan2 lama..
berborak pasal benda2 bodoh yang selalu buat...
rupa²nya, ramai kawan2 ku dah mendirikan rumah tangga...
walaupon dia ada dalam list friendster,
aku xpernah menegurnya...cuma buka tengok gambar je..
sebelum ni, aku ingat dia sambung belajar ke oversea...
rupanya, dia bekerja di oversea...
income bulanan cecah RM8k - 9k....
sungguh bangga aku jadi kawan beliau...
bila la agaknya ku nak dapat gaji macam tu...
haih~...
sekian....
selamat hari raya aidiladha..
sipencoret ---> opaq at 12/06/2008
Sunday, November 30, 2008
takat betis--
wahhhh~....seronoknya...
paras betis...
pagi tadi,
aku terkandas dalam laluan banjir di kawasan rumah...
lalu, meyebabkan aku sampai opis kol 9.++....
oh..lupa nak bagitau...
sekarang katak tak duduk bawah tempurung dah...
katak sekarang duduk dalam kasut...
abis kasut aku..
cait~..
sipencoret ---> opaq at 11/30/2008
terkenang-kenang 4 = banjir 0ooo banjir....
wooott~...woott.~~..
semalam ke tanah merah...
tolong menolong sesama rakan adalah amalan yang mulia..
mengangkat perabot2+washing machine+kerusi+almari+dapur+katil+tilam dan sebagainya...
semuanya adalah persiapan jika berlakunya banjir...
mengimbau kenangan masa lampau..
16 tahun di kota metropolitan(kuala lumpur),
pengalaman banjir semasa tinggal di shah alam ...
best wooo~...
pesta bagi kami...
masing2 buat kapal kertas dengan banyak...
berlumba..treknya ialah longkang....
paling seronok masa tinggal di danau kota, gombak...
aktiviti mencari berudu....
lepas balik sekolah petang(agama)...
aktiviti yang selalu dimainkan..
contohnya macam=
+sidai baju sekolah di ampaian..
+basuh kereta mak walaupon tak disuruh..
+pura2 berkelah tepi padang seperti di ulu yam
+makan goreng pisang dalam lobang ajaib kat padang permainan..
+main rounders..sapa jalan dulu kompom menang..
+main bola cop sambil buka baju..pedih wwooooo!!!
+main galah panjang...tiada garisan sebb kayu hanyut banjir..hahaha...(sama macam xyah main)
banyak lagi la...
kebanyakkan kawan2 aku senasib ngan aku...
lepas habis buat aktiviti diatas, dibebel oleh mak ayah masing2....
hahahaha.....
lepas isyak, sepatutnya, kawan2 aku semua datang rumah untuk mengaji dgn ayah aku...
tapi diorg dah terbongkang tidur...
aku pon sama....
uhuhuh.
rindu sungguh...~
cait...
sipencoret ---> opaq at 11/30/2008
Wednesday, November 26, 2008
moragoo?!!! <---bahasa korea...sila wiki...kalau ada...
Before I proceed any further, please note..
this ISN'T bout love story...
it feels annoying when i started to think bout that..
its not easy to be me...
as human being, i'm gonna say it before it going to basi thing..
it's not about who's wrong or right..
it's not bout me being selfish..
it's not bout why i always made thing goes wrong...
its about how do you treat people nicely with the truth even the truth is soooooooooo hard to take it and stick to your decision!!!babi...
aku dah tulis panjang berjela....
but im decided to cut it off....
if i continue this,
Someone(silent reader) might get hurt in the end...
do you know how hard for me to be invisible as much as I can??
cait~....
people tend to hear whatever soothing to their ears ...perhaps...
translate ayat soot........pinjam soot eh..
sipencoret ---> opaq at 11/26/2008
Monday, November 24, 2008
wacccccccaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!
What were you doing 5 years ago?
maksudnya, 2003 kan..baru abis SPM..
#erm..tunggu jawapan sambung belajar ke IPT+pergi sekolah memandu..
#aku nak kerja sementara tapi,ayah suruh sambung form 6..
#sudahnya, orang lain pergi sekolah..
#dan aku pulak lebih rela duduk dirumah menatap wajah dan kelembutan Kristine Hermosa(gmbar) sebagi Yna dalam cerita Pangako Sa Yo..(sila klik mp3.plyr sblah ni)--->
#wahhh~.....seronok sungguh~....
#mula mengeksplore macromedia flash..
#menambah kilogram
#baru tahu kewujudan Naruto
#selalu nyanyi lagu kiroro = mirai e..
#mula rindu pada kawan2 yang tak hipokrit...
What were the 5 things on your to do list today?
#breakfast nasik lemak dan teh panas di kedai sebab ummi pergi jakarta..
(selalunya makan dirumah@bawak bekal)
#update blog
#study pasal produk tmnet coz nak jadi agent utk tm....
#pam tayar kereta
#call customer utk wedding photshoot 29.11 ni...
What are 5 things that you do if you were bilionaire?
#beli sepuluh-ratus-belas camera dslr yang power2 skali dgn accoseries...
#melabur saham
#melamar "dia"...(mesti jadik gossip pasni)
#setup company...
#melancong....hurayyyy!!!......
What 5 jobs you've had?
#cooker kat pizza-hut (2003)
#backup kat kfc pasir gudang(masa sem 3)..<--masa ni, ramai classmate yang mintak aku ayam free..cait~...
#designer+driver kat qhazz, senawang, seremban....(practical = 2004)
#co-engineer health&safety officer untuk project 132kv pmu panchor - kandis.. (after grad-bidang terjun-2006-2007) menjaga foreign workers dari nepal+india.. perkataan selalu ku sebut ialah "jalde karo...!!"..maksudnya = cepat2.. dateline yang tnb bagi macam impossible..tu yangnak siap cepat tu...
#designer+freelancer photographer..2007-current...
Who are 5 person you want to tag?
#afiq
#mizzamy
#jard
#cheni
#ezzati(kalo ko dah buat, xyah)
~akan ditambah kemudian..
sipencoret ---> opaq at 11/24/2008
Thursday, November 20, 2008
2 hari lepas...
aku jumpa soot spirit...
ehehehe...
itu je la...
jumpa saje2...
soot spirit adalah blogger pertama yang ku temui...
kita borak apa aritu eh soot??
aku tak hengat la...(ku mengalami amnesia sekejap)
hehehhehe......
yang lain, biler mahu jumpa???
26 haribulan 12 boleh????
sipencoret ---> opaq at 11/20/2008
Tuesday, November 18, 2008
kenapa dengan nue_yue??
adakah berasal daripada Huruf N dan Y??
adakah new york??
adakah nue yue watak baru dalam kartun shin chan atau teletubies??
adakah nue yue seorang..atau sebuah..atau sejenis makanan??
adakah nue yue berasal dari Papua New Guinea??
adakah nue yue lelaki??atau perempuan...??
adakah nue yue mengalami selsema seperti aku sekarang??
bagaimana agaknya nue yue bertutur...adakah menggunakan loceng??
adakah nue sayang sama boyfriendnya??
adakah nue yue menyerupai gambar dibawah??
kenapa nue yue suka berlari2??
adakah nue yue suka lagu project pop??
adakah nue yue datang ke office menaiki kenderaan sendiri??
adakah nue yue selalu belanja aku??
kenapa nue yue dipersoalkan??
sila jawab wahai officemateku merangkap student praktikal yang bernama nurul hafieyza....
apa2hal pun...
selamat kembali ke tempat belajar kamu...
ingat2lah kami yang selalu kacau kamu selama ini....
hehehe...
minggu depan ada student praktikal masuk office...
mungkin dah tiba masanya aku mengatakan...
"berdua lebih baik"....
.ahax~.......
post ini tiada kena mengena dengan jard, ezzati, hananominai, ad3ck, penyukentutblue, debik-debuk, cik konpius,mizzamy, cheni, soot spirit, tny...
sipencoret ---> opaq at 11/18/2008
Sunday, November 16, 2008
andainya ku ada perahu unutk dibawa belayar..
soooootttt~....woootttt~~~....
serius....
aku rasa, bukan sekadar minggu lepas sahaja...
minggu ini juga aku rasa bawah (down)...
kebarangkalian untuk menghasilkan sesuatu yang luar biasa mungkin sukar.....
haih~...
rasa macam nak ambil sarung epal yang berjaring2 tu,
dan sarung kepala biar penyek semua hidung+mulut+telinga...
pergi depan cermin,
dan ketawakan diri sendiri...
tuluuunn...
nak dok skali ngan jard la...
hahahha..
sipencoret ---> opaq at 11/16/2008
Wednesday, November 12, 2008
haruka kanata....
(ternyata ugutan dari jard membuat aku takut..
maka aku akan update hari ini jugak...)
malangnya, minggu lepas mungkin minggu "Melankolik" bagi aku...
ahax~...
kadang2 terasa sangat bawah(down)...
mungkin disebabkan berkaraoke selama 2 jam dan menghabiskan 4 cd karoke..
tekakku sakit...mungkinlah...
oleh sebab itulah, fesbuk + frenster + blog terbiar sekejap...
kemalasan melanda...
ya..ya...sekarang sudah jam 4.18 pagi...
aku mendapat idea untuk menulis entry kali ini dikala kebosanan + tidak mengantuk selepas drive dari bandar machang menuju ke rumahku yang jauhnya hampir 50kilo...urusan bisnes...
hujan lebat membasahi bumi tadi...
sebelum ku balik,
kebetulan tadi ku TERJUMPA dengan salah seorang photographer merangkap wartawan untuk akhbar harian metro di kedai kopi...
kami berkenalan semasa hari pemilihan calon semasa PRU-12..
di machang juga...
namanya bermula dengan huruf "F", Fizi..
hampir sama dengan nama aku,
nama aku bermula dengan huruf "F" juga....Fathi...
kami kenal disitu sekejap dan terus tak bertemu mata selepas hari tu....
"dude!!" aku bersuara...
"eh, lama tak jumpa, dah kawin ke??"
"belom , semua awek lari biler tengok gua" ku beseloroh...
"hahaha...lawak la lu ni.....buat apa sekarang??"dia ketawa....
................panjang la kisahnya....................(sila rujuk plan aku sebelom ini)
dan banyak lagi bab2 yang kami bincangkan...
malam semakin dingin....hujan belum berhenti..
aku ingin berundur diri....
dengan rasa murah hati dan ikhlas, aku membayar minuman untuknya....
seringgit...teh o panas....
"nanti apa2 hal contact la eh.."
ku berpesan sambil berjalan menuju ke kereta....
..tiba2, fizi memanggil...
"RAZI, gua mana ada no lu....."
"amik no ni...012-734 ***4..."
selepas bersalaman,
aku cepat2 menuju masuk kereta dengan langkah besar....
titisan mutiara hujan membasahiku....
dan tiba2, baru aku TERperasan..
huh, siapa razi???
p/s = semasa berbual, kami menggunakan ganti diri = "demo & kawe" ..........
atau pon dalam loghat Kula Lumpur Cosa Nostra = aku&kamu....
sipencoret ---> opaq at 11/12/2008
Tuesday, November 11, 2008
perjalanan ke perak haritu...
hari tu pergi ke perak..menggunakan gps...sungguh menyenangkan...
kami pergi macam orang perak yang dah tau shortcut jalan...
supp..sapp..ssuupp...
salleh(serawakian), amir, man...
ambik air bukit yang jernih wangi...
singgah di cameroon yang menyejukkan..
tujuan sebenar ke perak untuk teman sahabat interview..
my very superduper best bestfriend ever....
pergi pada malam jumaat....
bertolak jam 5 pagi...
berenti solat subuh di gua musang..
sampai cameron kol 9++...
sampai perak jam 12++..
balik kelantan semula jam 4 petang++
6 petang singgah cameron semula..
makan di gua musang 9++
sampai rumah kol 12++..
tidor kol 1.30 pagi...
esok bangun kol 3.30 petang..
seronok...
gila betul...
esok nak pergi perak, hari baru bagitau..
tak plan apa2 lansung.....
haih~..
nak pergi lagi la...tanpa dirancang...mesti best..
sipencoret ---> opaq at 11/11/2008
Sunday, November 9, 2008
silly lily....
ini bukanlah bicara tentang kebodohan...
dulu aku pernah dating+bercumbu+berdua2an ngan lily(bukan nama sebenar)...
dia banyak menceritakan perihal hubungan dia dengan kayu balak dia..
yep..betol tekaan kamu semua, aku berhubungan lily...
lily bukanlah jenis playgirl..kami hanya teman tapi mesra...
ahax~klise sungguh..
aku hanya berkawan pada hakikatnya...
cuma lama kelamaan, rasa ambil berat pada lily semakin kuat..
rasa kesian juga ada..
mana tidaknya, balaknya bagaikan penunggu bagi lily..
jam 7 pagi, 9 pagi, 12 tghari, 3 petang, 5 petang, 8 malam, 11 malam, 1 pagi...
balak dia akan call...bertanyakan tentang =
-dah makan?
-dengan siapa?
-laki ke perempuan?
-kedai mana?
-makan apa?
-berapa ringgit?
-pakai baju apa?
-lepas ni pergi mana?
-dah study?
itu masa makan malam..(biasanya lily akan kelentong bila keluar bersama aku)
pendek kata, lily rimas dengan balaknya,
sudah beratus kali bergadoh...
si balak pernah menampar+menengking lily di sebuah restoran di ipoh...DIKHALAYAK RAMAI..
hanya disebabkan si lily risau penyakit ibunya dan tidak punya selera makan...
lily juga mempunyai "mata-mata" jebon yang sentiasa memerhatikan lily...
ini disebabkan balak lily adalah polis yang berpangkat konstabel...
balak lily memberi upah kepada rakan konstabel untuk perhatikan lily...
SELAMA 3 TAHUN...!!!
lily diperhatikan+diekori selama 3 tahun....bayangkan..terkongkong..
aku dan lily terpaksa keluar beramai2 untuk mengelirukan si mata-mata..
lily juga pernah dituduh bersandiwara dengan classmate lily..
ini kerana lily datang bulan dan pengsan sekejap dan dgn serta merta,
meminta tolong classmate (lelaki) hantar pulang kerumah..
kebetulan mata-mata sedang bertugas..
laporan diberi dan lily ditengking tanpa usul periksa....
lily juga pernah ditinggalkan di tepi jalan di perak..jalan menuju ke parkson agaknya...
dari hospital pantai ke parkson....lily ditinggalkan ditengah2...
ini disebabkan, lily mahu berhenti beli topup...
disebabkan itu, lily berjalan kaki ke parkson dan menunggu bas pulang semula kerumah..
jarak dari tempat lily ditinggalkan ke parkson adalah 5+- kilo...
tengahari...
banyak lagi kisah silly lily yang masih bersama balak kesayangannya...
cuma aku lupa...
keluarga si lily dikenali ramai kerana ayahnya seorang pengarah jabatan kerajaan..
satu perak mengenali ayahnya dan keluarganya...
oleh kerana itu, ramai juga yang tahu, si lily akan berkahwin dengan balaknya itu..
termasuklah jiran2+saudara mara+makcik kedai runcit+opismate ayahnya..
disebabkan rasa hormat lily kepada keluarganya,demi menjaga maruah keluarganya,
dan tidak mahu menjatuhkan maruah ayahnya sebagai orang kenamaan,
lily tidak dapat memutuskan hubungan dengan si balaknya...
walaupon pelbagai penghinaan terhadap si lily dilakukan oleh balaknya...
lily tetap tidak mahu memutuskan hubungan mereka demi keluarga lily...
oh ya..lily punya keluarga besar...
29/11 ini, majlis perkahwinan lily dan balaknya akan berlansung...
persoalannya, selapas berkahwin,
adakah perkahwinan lily akan kekal??
adakah lily akan bahagia??
adakah lily masih ceria seperti bersama dengan aku??
bagaimana agaknya lily hendak bersuara selepas ini??
sipencoret ---> opaq at 11/09/2008
Thursday, November 6, 2008
menggapai bintang...
kiok..kiok..kiok~~
dalam hidup, setiap perkara mesti berpasangan..
lighter & rokok, selipar & kaki, matahari & bulan, sudu & garpu...
macam2 la...semuanya berpasangan...
kalau berpasangan, hampir 90% sempurna..
lagi 10% adalah usaha untuk mengekalkan kesempurnaan bersama2 pasangan itu...
walaupon nilai 10% adalah sikit, tapi kalau tidak dijaga ngan rapi,
kesempurnaan 90% tu lenyap serta merta..
hebat nya penangan 10% tu...
apa yang aku nak nyatakan disini,
apa yang penting kerjasama!!!! ialah,
NORMAN HAKIM, ko kejam..
kesian kat Abby....
aku emo sebab tengok melodi ptg semalam..
sipencoret ---> opaq at 11/06/2008
Sunday, November 2, 2008
happy birthday damia
hehe..
jumaat aku berada di birthday party damia yang comel..
damia sangat comel...~
suka sangat berjalan...sampai penat aku nak kejar dia....
mula2, susah nak dapat pic damia senyum+buat aksi sebab damia takut ngan badut...
hehehe...~
damia asyik cakap....
"batut..tatut"
lepas ramai geng-geng damia datang, mula la aksi dia..
haih~
but i had a great weekend..
the parents kak erin and husband very sporting..
guest pon sporting..even bibik damia pon very nice...
(bibik damia dari indon dah boleh speaking kelantan...can u believe it...)
dan budak2 tecik yang memeriahkan majlis...
most importantly, birthday girl yang comel....(see, i said it again...damia comel)
layan piccas <--bak kata amy..
hehehe...
"naper xsampai-sampai lagi ni..."
"pruuiiitttt"
"ala...abang photographer jangan la..damia malu la..."
"kenapa abg photographer ni hensem sangat ni..malu i"
"abg ni lawak la..."
"tengok atas tu"
damia family
fuh..~fuhh...~ susahnya nak padam"
"dapat hadiah besar tau"
"yang ni hadiah kecik pulak"
"agaknya, apa dalam ni eh??"
"jom kita lawan pedang belon"
"peace...saya mesti lebih..peace saya lima"
ini adalah cara untuk memakai topi dangan betol...hehe..
enjoy and chill dude....~
sipencoret ---> opaq at 11/02/2008
Tuesday, October 28, 2008
membalas komen "budak kelantan" yang dah berlapuk
cik konpius = woh gomo tu tempurung lutut..
izza = ko memang comel, aku pon nak nyakat ko kalau ko dok sini...btw, aku nangis masa kecik2 je la...sedih tu jejak kasih...hehehe..
amy hensem = yang penting moral value diri sendiri. ~btol2....setuju bangat dong..~
tny = itu la....part tu memang selalu digunakan oleh rakyat kat sini...
adeck = aku xbaik sangat....aku ada jahatnya jugak...ko bodek ko nak apa ni???
konpiiuus..
dari hati = terima kasih sebab sudi appreciate my photo...muahh**...
shabeeny = sama3.....rasanya filem ni akan disebut2 nanti...mungkin jugak akan jadik isu...
hanalalalalalalalallalala = siapa u kenal??
puteri ju = mesuarat tingkat..jehehhee...macam nasib do re mi la plak...hehe..selamat berkenalan..
soot = hehehe...kami nak berkenalan je...hehehe..
kesimpulan = bukan semua begitu kan....
sipencoret ---> opaq at 10/28/2008
polan si polan didapati bersalah dan dikenakan hukuman...
assalamualaikum....~(jawabb..jawab...)
eheh~
pernah dengar pepatah " orang lain yang berak, orang lain yang kena basuh"
baru-baru ni, itulah yang terjadi kat aku...
merujuk kembali entry yang aku tulis "aku disyaki mencuri"..
hah..!!itu lah dia...
begini, aku akan cerita dari mula...
once upon a time at kelantan~.....
"trutttt~...truutt"..talipon tangan bunyi..
"hallotodawakko~.."aku...
"dude, try lu nengok atas meja gua, henpon gua ada tak?"
"yeps dude, apadahal?"
"ok..ok.."
selang 10 saat, second call =
"dude, lu amik henpon gua, off kan henpon tu, gua takut abis bateri,
then lu letak henpon gua dalam drawer meja gua "
"ok, bro...gua tolong tu bro"
-end of story-
then, aku pon menunaikan solat asar,dan selepas itu,balik bersama seorang rakan office yang ada bersama ketika itu..
keesokan pagi,
kebetulan aku masuk lewat...
bukan sengaja, aku pergi menghantar adik2ku yang comel naik bas di bandar bachok..
aku bangun 8.30 pagi kerana adik2 aku mengadu lapar..
aku capai wallet+basuh muka+start kete, then teros chow...
henset lupa bawak..
tepat jam 9.30pagi..adik2 aku naik bas...
dude, aku sayang adik2 aku walaupon aku selalu sepak terajang diorg dolu2..
selepas balik, dari bandar bachok, aku nengok hampir 10 misscalled dari opis dan "bro"..
henpon aku berbunyi lagik,
aku jawab dan diberitahu, henpon semalam tak dapat dijumpai..
episode pencarian bermula....
tapi tetap xdijumpai...
khamis lepas, i got a letter from opis...
must pay 800...
shit la kan...~
surat itu berisi,
aku bertanggung jawab atas kejadian yang berlaku..
tenkiu...
as i mentioned earlier...
" orang lain yang berak, orang lain yang kena basuh"
tapi maybe aku salah baca and salah tafsir surat itu..
sebab yang aku paham, aku bertanggung jawab atas kejadian dan harus terima hukuman iaitu bayar 800....
aku mengamuk petang tu...~just imagine...~
this morning....
me and "bro" pi bincang di kedai kopi.....
mungkin benar aku salah tafsir surat tu...
coz "bro" said, surat tu bertujuan untuk mendapatkan penjelasan tanggungjawab dari aku..
haih~.....ntahla...
samada aku tak faham@salah tafsir surat itu atau surat tu memang nak suruh aku bayar 800..
aku tak pasti...
tapi, sekarang dah back to normal...~
but its very panas lagi nak consider normal...
atas pagar la ni...
now i have to reply the letter....
that im NOT gonna pay the price and im NOT guilty..
sebenarnyer aku malas nak publish...
tapi, dah berjela aku tulis, rugi plak tak publish...
tapi entry ini akan wujud selama 2 hari jerk....
nanti aku delete...
sipencoret ---> opaq at 10/28/2008
Wednesday, October 22, 2008
budak kelate
pruuutt~~
hari ini, sebelum bertolak ke pejabat, aku menonton MHI..
yepp..yepp..aku memang minat MHI dari zaman Aziz Desa dengan episod "Jejak Kasih"nya..
kadang-kadang, masa tengok episod tu, aku akan rakam menggunakan VHS..
dan tonton beberapa kali...
yang tragisnya, aku akan menangis kesedihan setiap kali menonton Jejak Kasih..
cut the crap...
aku bukan nak re-review balik pasal filem ni...
aku nak review pasal atitude budak kelantan yang dah set dalam kepala lutut diorang "aku-kenal-orang-yang-boleh-pukul-kau-dan-backup-aku"...
macam cibai....
situasi pertama :
diorang biasanya akan melepak dibibir-bibir jalan..
atau perkataan yang aku selalu sebut..
ayam tonggek bertenggek ..
tak kira tua atau muda...
terutamanya lelaki...
tapi bukan semua...
padahal, diorang tahu, jalan itu adalah kawan alternatif yang diambil oleh driver cekap macam aku untuk sampai kedestinasi+makcik nak pergi pasar+pakcik nak pi bendang...
contoh lah, aku tiba2 terlangga
yang disalahkan tetap aku....
fuck...
situasi kedua,
contoh..mereka akan bergurau,
dengan suara yang kuat,
memanggil aku "babi.."
tapi bila ditanya, "apa ko panggil aku tadi??"
jawabnya,"kucing"..
dan selepas itu, mula menjaja cerita yang kau digertak oleh aku...
aku nak cari gadoh dengan mereka...
macam cibai kan...
dah la tu....aku bukan memburuk-burukan mereka ni...
lagipun, bukan semua begini...
mungkin mereka2 yang hanya duduk di kawasan kecik2...
cuma, perangai mereka2 ni, buat aku rimas...
aku percaya, selepas survey dibuat,
ramai jugak yang tak berapa gemar dengan atitude seperti ini....
kali ini, aku menaip tanpa henti...
nampaknya, bila marah, dan terus menaip,
idea datang mencurah2..
banyak lagi yang nak aku tulis..
tapi aku ada kerja...komitmen...
sipencoret ---> opaq at 10/22/2008
Saturday, October 18, 2008
laskar pelangi
memandangkan aku dilimpahi oleh job yang urgent, inilah sahaja aku dapat kongsikan bersama...
cerita asal dipetik dari sebuah buku yang tulis oleh Andrea Hirata...bertajuk Laskar pelangi jugak...
ada menceritakan tentang cinta antara ikal dan dia(takingat nama)...cinta budak kampung...
pada asalnya, aku xnak post pasal ni, sebab aku nak tengok dulu baru romen,
tapi memandangkan ada kawan yang layan sekali...kira oklah...
sama2la cari movienye, sebab aku xjumpa lagi kat malaysia...
nak tau apa yang paling mencabar untuk aku minggu ini...
Cabaran untuk tidak terkejut-menggelupur-melatah-nasib baik tak jatuh tersungkur-pecah pasu rumah bila roti melompat keluar dari toaster (baru beli) lepas selesai dibakar.
haih~
sipencoret ---> opaq at 10/18/2008
Wednesday, October 15, 2008
aku chill+bz
aku perlukan tidur yang cukup...
4 jam tak memadai untuk aku....
nasib baik tak de baby lagi...
kalau tak, mesti aku jadi panda...
badan pon dah macam teddy bear(lebih comel)....
semalam di kedai, aku menghabiskan masa meng"fotostat" nota2 budak2 kolej..
pakcik kayo, tapi penat dan tak cukup tido lah..
haih~, nak berjaya bukan senang kan...
kalau aku kaya, tidur aku pasti cukup...
kan??
x
x
x
pagi-pagi bangun jam 10 pagi..
bukak mata je, terhidang breakfast..
ada roti+choclate spread (Nutella)+air teh o panas..
dan orang gaji dah panas kan air untuk mandi...
"bibik, tolong gosok baju saya ye"
"baik tuan, tuan nak pakai baju yang mana??"
"bibik pilih la untuk saya"
"seluar pula warna apa tuan??"
"bibik rasa yang mana??"
"tuan, seluar dalam tuan nak pakai jenis apa??"
"bibik pilih yang saya selalu pakai lah"
"oooo, seluar dalam perempuan eh tuan??"
*pufff*
berangan kan main..
keje..keje...
mentang2 boss aku xder, korang pulak dok mengular yer...
sipencoret ---> opaq at 10/15/2008
Monday, October 13, 2008
emo di kala banyak job datang menimpa...(aku bukan mengeluh..aku sgt suka kerja, duit masyukk)
pernah makan kerbau mangga???
ikan 4 rasa...??
ayam goreng kfc..(bercili tapi tak pedas,rangup tapi lembut, blablabla....)..??
senang pikir, makanan yang ada 4 rasa : masam, manis, masin, pahit(kelat)...
hidup pun begitu juga..
macam masakan...
senang kan...
yang perlu hanya lidah...umpama hati..
kalau masam, tambahkan gula...mungkin juga kamu kamu semua minat yang masam2...
kalau manis, err....(xtau)...tapi aku percaya, ramai yang suka manis..kan??
sebab manis bukan sekadar manis, ianya tinggalkan kesan...
manis banyak jenis, manis sangat, manis sederhana, terlalu manis, manis sangat2...banyak.
kalau masin, tambah air...
kalau pahit, tambahkan apa2 (xtau juga)....
senangkan...~~
tapi hati senang luka...
dude, kau ada problem, selesaikan...
tambahkan apa yang patut untuk menyedapkan lidah kamu..
kalau kamu fikir maruah kamu....mati hidup semula, belum tentu akan selesai...
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
apa aku merepek ni...??
mungkin disebabkan serpihan2 menjadi orang yang disyaki mencuri henset hari tu agaknya...
mungkin jugak aku datang bulan kot...~
haih~...
sipencoret ---> opaq at 10/13/2008
Thursday, October 9, 2008
refugee
sekarang asyik bermain dengan binatang peliharaan...
rasa macam budak2 kecik umur 3 tahun plak...tapi celik i.t la...
malam ni nak jadi pelarian la...
esok pagi nak bertolak ke perak..
siapa nak ikut??
sipencoret ---> opaq at 10/09/2008
Monday, October 6, 2008
raya+gembira+best+pokai+makan banyak....
ini nenek
baba
no 2
no 4
no 3+5
lepas semayang raya, kitorg dah start berjalan umah jiran yang dekat2..
bila sampai rumah, dah ada org dtg..
start situ mula la xberenti orang dtg umah..
sebab nenek sakit..
kitorg xleh nak keluar jalan2..
so, diorg kena datang rumah kitorg la..
kat blakang camera ramai lagi...
sebab space tak cukup besar,
kitorg amik ikut peringkat2..
family
sepupu
sepupu
sepupu
sepupu+dak kecik???
kalau aku story, esok pon xabis..
ramai+ganas dorg ni...
bnyk lagi gambar dak2 kecik ..
tapi aku ader hal yang perlu diselesaikan segera...
ini je yang sempat..
pokai aku...duit raya, licin...
sipencoret ---> opaq at 10/06/2008